Sunday 21 October 2012

Doa Pendekat Jodoh & Doa Putus Cinta

Doa Pendekat Jodoh

(aku sedang jiwang + syahdu... huhuhu)

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.


Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.




Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya..
Allah nak hadiahkan kita pelangi."






Tuesday 16 August 2011

~ TONTON TV PENDEK UMUR ~

Menonton televisyen selama enam jam sehari boleh mengurangkan jangka hayat selama lima tahun.
Kajian yuang dilakukan di Australia dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan di Britain menunjukkan, setiap satu jam masa dihabiskan untuk menonton televisyen selepas usia 25 tahun boleh mengurangkan jangka hayat selama 22 minit.

Menurut seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Lennert Veerman dari Universiti Queensland berkata: “Kesan menonton televisyen untuk jangka masa lama adalah sama dengan kesan terhadap merokok dan obesiti.
“Ketika kadar merokok sudah berkurangan, menonton televisyen tidak menunjukkan perkembangan itu. Ia memberi kesan besar terhadap populasi,” katanya.

Tahun lalu, satu kajian yang dilakukan di Australia mendapati tempoh sejam yang dihabiskan untuk menonton televisyen membawa kepada 8 peratus peningkatan terhadap ancaman mati awal.

“Kami menggunakan kajian itu dan menterjemahkannya kepada kesan jangka hayat di Australia berdasarkan berapa lama kita menghabiskan masa menonton televisyen.
Penduduk Australia menghabiskan masa kira-kira dua jam untuk menonton televisyen.

Kesannya, jangka hayat mereka berkurangan 1.8 tahun bagi lelaki dan 1.5 tahun untuk wanita, menurut kajian itu. - Agensi

~ LUAHAN HATI ~

Entah kenapa seminggu 2 ni mood utk keje xde sgt....xhappy....lemau dan macam2 la....rasa cepat nak balik jer...mungkin suasana keje tu agaknya...dan!!!!!!! entah lah...hanya tuhan saja yang tau....bila di fikir2 kan...mmg ada setengah yang camtu...disebalik kebaikan ada keburukan......disebalik kelembutan mmg terpapar kekerasan yang selama ni diselindung...didepan baik dibelakang!!!!!!! tak sangka di dalam kelembutan bahasa dan tingkah laku seseorang tu kadang-kadang boleh menyebabkan orang lain sakit hati....memang itu adat manusia suka tengok manusia lain tersungkur...sebab ada sesetengah manusia ni suka menonjolkan diri dari kesalahan orang lain.....

Thursday 14 July 2011

BERFESYEN.....PE SALAHNYA!!!!!!


Satu forum berkaitan dgn fesyen bertempat di KLIUC, menampilkan Wardina Saffiyah & Asyraf Imam Muda sbg panel....Forum ni bertujuan menghapuskan tanggapan negatif tersebut dan menyuntik nafas baru kpd para remaja agar dapat berfesyen moden mengikut etika Islam yg sebenar. "Firman Allah dlm surah Al-Araf ayat 26 yg bermaksud : "Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya kami telah menurunkan kpd kamu (bhn-bhn utk) pakaian menutup aurat kamu, & pakaian perhiasan; & pakaian yg berupa takwa itulah yg sebaik-baiknya. Yg demikian itu, adalah dr tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatnya kpd hamba2nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)." (^_^)


Walaubagaimanapun Islam masih lagi membenarkan umat khususnya umatnya para remaja dlm bergaya dgn tip-tip seperti berikut  :-

*  Tidak memakai pakaian yg terlalu menonjol
*  Tidak menyerupai perempuan bg lelaki & lelaki bagi yg perempuan
*  Bukan tujuan utk riak serta merendah-rendahkan org lain dgn memakai pakaian yang 
     berjenama mahal
*  Tidak menampakkan dlm tubuh, terlalu jarang atau ketat sehinggakan menyeksa si
     pemakai.




Wednesday 13 July 2011

KEAJAIBAN LALAT SEBAGAI PENAWAR......

Benarkah?  Hadis oleh Bukhari dari Abu Hurairah yg bermaksud "Apb lalat terjatuh ke dlm bekas minuman salah seorg antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah lalat itu kerana pd sebelah sayapnya mengandungi penawar & di sebelah sayapnya yg lain mempunyai penyakit." Ada lagi.....lalat ketika berbentuk lava, abp dicelup ke dlm luka, ia akn mengeluarkan bhn ammonia & kalsium karbonat.  Bhn tersebut sekali gus mengalkalikan luka yg dialami. Lava-lava tersebut berfungsi membunuh kuman bakteria & membantu meredakan bengkak serta mencegah kematian sel-sel. Wow!!!!!!! mcm pecaya xpecaya je...ngeee

TAPI HAKIKAT TULAH KEBESARAN ALLAH SWT...." KEAJAIBAN LALAT SEBAGAI PENAWAR "